Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Wednesday, October 29, 2008

Tuesday, October 28, 2008

Akan Terbit: Romlah: The Untold Stories

Cerpen saya ada dalam

Sila datang ke Maskara Shorties untuk membelinya.

Pesanan Khidmat Awam: Jauhi diri anda dari sihir hitam. Banyak-banyak membaca Quran.

Wednesday, October 22, 2008

BBSN Sabah 24-26.10.2008

Salam Sastera dan Bahasa.

Saya akan berada di Sabah untuk BBSN.
Silalah ke Centre Point KK, Sabah
pada
24-26.10.2008

Wednesday, October 15, 2008

Hadiah Hari Jadi Khas Buat Seorang Rakan

Kelmarin hari jadi seorang rakan. Dia sangat baik sebagai seorang rakan, saya yang teruk, selalu saja merajuk, tapi Alhamdulillah rakan saya pandai pujuk. Pertama yang saya sedari daripadanya, yang lain daripada kawan yang selalu saya berkawan, ialah gayanya yang tertib menawan, bila zaman-zaman sekarang, susah saja nak berteman, teliti susila dan adab yang mampan, rupanya ada juga yang masih kenal budi, dan tahu gerak laku menunduk diri.


Sebenarnya saya banyak belajar daripadanya kerana saya tahu diri saya kecil, lagi-lagi bila di kelilingi rakan-rakan yang hebat-hebat. Saya tahu dia seorang rakan yang baik, walaupun punya 'songeh' berjustifikasi. Tetapi biasalah, itu lumrah manisan manusia, dan itu yang buat dunia dan fahaman saya tentangnya berwarna-warni.


Ini adalah hadiah hari jadinya daripada saya, sebuah sajak. Emosi sajak ini senang, sudah tentu tentang lontaran suka-duka selama saya mengenalinya dan cuba memahaminya (atau mungkin sejak dia yang menyampah dengan perangai saya, haha). Ya, ia semacam satu semangat seorang budak menghadiahkan belon untuk kawannya pada satu pagi cerah selepas hujan semalam. Dan belon itu berwarna-warni. Saya takut juga kalau dia tak faham nanti, hehe.


Seronoknya Berkawan (buat Aima)

Seronoknya berjabat tangan
hingga mulut tak habis kamit
segala mantera tentang manusia
dan gunungnya
dan tumbuhan yang melata
hingga dalam gelap cahaya.

Seronoknya titih berjalan
hingga tak endah diketawa
oleh anak-anak hingusan
yang melatah tua dengan berahi
bila gigi payung bertemu tiang di tepi.

Seronoknya berhadap muka
bila buku dan bimbit jadi pemedih
dalam sekam yang memendam
untuk melantun ketidaksiuman.

Seronoknya madah bercakap
hingga seksa jadi manisan enak
yang kita kunyah dan hirap
hingga lumat
membentuk senyuman lengkap
di luar hujan mengetuk lebat.

Terima kasih kerana sanggup menerima tangan ini dalam permulaan.

Tuesday, October 14, 2008

Wow Weee, junior juice!

Stand back Faisal sir, I'm in! Thank you Mr. Bissme :)
(please enlarge to read)

Friday, October 10, 2008

Memperkenalkan Produk Multimedia DBP



Sebuah kedai dalam talian sudah dibangunkan. Kepada pengguna yang meminati sastera, bahasa dan bidang-bidang lain, atau mahu belajar menggunakan aplikasi komputer, Kedai DBP menyediakan produk multimedia DBP yang bermutu. Antara yang saya suka dan tampak memang enak untuk dikunyah ialah koleksi CD Puisi Bermontaj yang memaparkan sekumpulan penyair tanah air yang 'otai-otai', membawa kita menyelami ke alam penyairan mereka serta menyelami beberapa judul puisi yang terpilih. Beberapa penyair turut dirakam mendeklamasikan puisi ciptaan mereka. Malah, ia antara koleksi yang terlaris dijual dalam kedai dalam talian ini.


Saya juga menyukai CD multimedia Syair dan Gurindam di mana Datuk Syarifah Aini(!), para penyair terkemuka neagara dan artis AF disertakan dalam sebuah projek persembahan syair dan gurindam yang turut memuatkan info tentang syair dan gurindam, satu projek yang julung-julung kalinya menampilkan deria 'dengar dan lihat' pada satu masa!


Silalah kunjungi kedai menarik ini di: http://www.kedaidbp.my/cms/index.php